Kehidupan awal Hazwani Helmi

Hazwani dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu, dan dibesarkan di Tawau, Sabah selama 11 tahun dari umur 3 hingga 14 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pra-Islam di Tawau dari tahun 2002 hingga 2003. Hazwani melanjutkan pendidikan rendahnya di SK Holy Trinity dan Sekolah Islam Utama Tawau dari tahun 2004 hingga 2009. Beliau meneruskan pendidikan menengah di SMK Tawau dan berhijrah ke Kuala Lumpur dua beberapa tahun kemudian. Beliau kemudiannya berjaya menamatkan pengajian dari SMK Perimbun. Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu peribadi dan memberikan ceramah motivasi pada usia 16 tahun.[2] Beliau mula menyertai banyak misi kemanusiaan selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014.